Selasa, 26 September 2017

peranan pelajar dalam memartabatkan bahasa malaysia




TAJUK PROJEK : BINCANGKAN PERANAN PELAJAR DALAM MEMARTABATKAN KEMBALI BAHASA MELAYU YANG BETUL .

KOD NAMA KURSUS : DUA6022 – KOMUNIKASI & PENYIARAN ISLAM 


NAMA PENSYARAH: PN.ROHANI BINTI ABDUL RAZAK 


NAMA KUMPULAN: 1. NUR HANISAH BT MOHD YAKI (12DEE15F1051) 

                                              2. NURSHAMIRA BT MOHAMAD SHAH (12DEE15F1027)

KELAS: DEE5A

PROGRAM: DEE 

SESI: DIS 2016 




PENDAHULUAN 

Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Menurut Kamus Dewan(1970 : 59) bahasa rasmi adalah bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Maka dengan itu bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam sistem pendidikan negara. Para pelajar di institusi pengajian tinggi sememangnya mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar untuk memartabat kan Bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia merupakan bahasa perantaraan bagi semua kaum yang terdiri daripada kaum India,cina dan sebagainya. Namun,pada era globalisasi yang serba mencabar ini, segelintir rakyat Malaysia membuat tanggapan bahawa bahasa Malaysia adalah bahasa yang kolot, ketinggalan zaman dan tidak bertamadun. Mereka lebih mementingkan bahasa Inggeris sebagai alat kemajuan,malah digunakan dalam perbualan seharian. Kita sepatutnya berasa bangga dengan bahasa Melayu kerana telah dikekalkan sehingga sekarang sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Dengan itu, rakyat Malaysia sendiri harus berubah dan bangkit dalam menggunakan bahasa Malaysia. Oleh itu, terdapat pelbagai peranan pelajar dalam memartabatkan kembali bahasa Malaysia yang betul.




OBJEKTIF


Objektif kajian ini ialah mengenal pasti percampuran bahasa yang digunakan dalam bahasa singkat terutamananya di laman social supaya pembaca tidak terpengaruh. Selain itu,kita juga dapat mengkaji penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat terutamanya pelajar dan kanak-kanak supaya penggunaan bahasa dapat dijaga. Selain daripada itu,kita dapat membincangkan cabaran yang dihadapi dalam memartabatkan bahasa melayu pada masa kini. Justeru itu,kita haruslah mengenal pasti langkah-langkah mempromosikan penggunaan bahasa melayu dalam kehidupan seharian masyarakat agar tidak ketinggalan zaman. Akhir sekali,kita sepatutnya megkaji penggunaan media massa yang mempengaruhi remaja dalam penggunaan bahasa rojak yang berleluasa.


  PERANAN PELAJAR DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA

 (1). Membuat kempen berkaitan bahasa melaysia dalam kalangan mahasiswa.

 Salah satu langkah yang harus dilakukan ialah mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi perlu memainkan peranan yang proaktif untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana mahasiswa perlu bergerak bersama-sama bagi mengukuhkan bahasa Malaysia dalam semua bidang ilmu. Menurut Datuk Mahadzir Mohd Khir, Timbalan Menteri Pelajaran, beliau mengatakan bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh mahasiswa ialah dengan menganjurkan Minggu Bahasa Malaysia di institusi pengajian tinggi dalam kegiatan kebahasaan akan menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap bahasa Malaysia. Pembabitan mahasiswa yang peka terhadap keperluan dan perubahan semasa selaras dengan peranan mahasiswa sebagai penggerak pembangunan masyarakat patut diberikan pujian. Minggu Bahasa Malaysia yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat mendaulatkan bahasa ibunda di samping memupuk kecintaan terhadap bahasa Malaysia dalam kalangan generasi masa ini.

 (2). Penggunaan bahasa malaysia dalam aktiviti ilmu utuk semua peringkat pendidikan.

 Selain itu,para pelajar mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Golongan pelajar ini juga adalah merupakan golongan cerdik pandai yang sering melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti seminar, pembentangan kertas kerja, pidato, forum, simposium dan pelbagai aktiviti yang melibatkan perbincangan, soal jawab , penerangan dan taklimat. Mereka seharusnya melibatkan diri dengan aktif agar boleh menggunakan bahasa dengan berhujah, memberi pandangan ,ulasan dan apa sahaja yang membawa kepada pemantapan bahasa.

 (3). Memberi dorongan tentang kepentingan bahasa Malaysia

 Di samping itu, peranan pelajar dalam memartabatkan bahasa Malaysia ialah dengan memberi dorongan kepada pelajar antarabangsa untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang kepentingan bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian. Hal ini sekaligus dapat membantu Malaysia dalam meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dan secara tidak langsung,imej negara kita dipandang gah di persada dunia.

 (4). Memupuk sendiri sikap rajin dalam diri sendiri.

 Seterusnya, kita sebagai pelajar perlu rajin mempelajari bahasa Melayu kerana ia merupakan satu-satunya bahasa yang menyatukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Pelajar boleh menyemai minat dalam mempelajari bahasa Melayu melalui pelbagai cara yang berkesan seperti mendengar lagu Melayu, mencari ceritayang menggunakan bahasa melaysia yang betul untuk menarik minat.

 (5). Dipupuk sejak di bangku sekolah .

Pelajar juga boleh melibatkan diri dalam komuniti seperti di sekolah dan badan-badan yang relevan. Di sekolah, pelajar boleh menimbulkan kesedaran tentang keistimewaan bahasa Melayu dan bagaimana ia melambangkan jati diri bahasa Melayu di kelas. Para pelajar boleh menjalankan program-program yang berkaitan dengan bahasa Melayu seperti bengkel mempromosikan bahasa Melayu dan kempen kesedaran tentang kepentingan bahasa Melayu. Aktiviti-aktiviti ini tentu dapat membantu para pelajar memartabatkan bahasa Melayu. Pengenalan tentang kepentingan bahasa melaysia yang betul penting kepada pelajar di bangku sekolah kerana mereka akan membawa bahasa tersebut kepada masa akan datang. Jika baik bahasa nye sejak di bangku sekolah, mereka akan membawa imej yang baik sampai bila-bila.


  SUMBER RUJUKAN 

 http://www.slideshare.net/rashidahmurat92/asgmt-bahasa-melayu-tinggi-peranan-mahasiswa-dlm-      memartabatkan-bm

 http://jesoc.com/wp-content/uploads/2016/12/KC5_30.pdf

 http://azwiraariwana.blogspot.my/p/tajuk-langkah-langkah-memartabatkan.html

 http://ngulinna.blogspot.my/2014/09/langkah-langkah-memartabatkan bahasa malaysia


  LAMPIRAN


PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM IPT
BAHASA MELAYU HEBAT
BAHASA ROJAK 


















































PENUTUP

 Kesimpulannya, usaha-usaha yang konkrit dan berterusan perlulah diambil oleh mahasiswa untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Individu haruslah memanfaatkan masa mereka untuk mempelajari dan menguasai bahasa Malayu dengan baik. Oleh itu,semua pihak haruslah bersatu tenaga untuk memartabatkan darjat bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian, selain status utamanya sebagai bahasa kebangsaan. Janganlah kita menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan mementingkan bahasa asing sebaliknya menidakkan kebolehan bahasa Malaysia untuk membawa kita ke mata dunia. Natijahnya,marilah kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal dan 'tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peranan pelajar dalam memartabatkan bahasa malaysia

TAJUK PROJEK : BINCANGKAN PERANAN PELAJAR DALAM MEMARTABATKAN KEMBALI BAHASA MELAYU YANG BETUL . KOD NAMA KURSUS : DUA6022 – KOMUNIK...